Share for friends:

Manikam Kalbu (2007)

Manikam Kalbu (2007)

Book Info

Genre
Rating
4.33 of 5 Votes: 5
Your rating
Language
English
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

About book Manikam Kalbu (2007)

Saya sedikit keberatan untuk memberi 4. Sebenarnya saya lebih cenderung kepada 3 setengah tapi tak mengapalah. Hari ini saya rasa seperti bermurah hati.Saya tahu saya bukan 'orang bahasa' yang agung untuk layak mengkomentar karya FT. Tapi saya kira kita semua punya pendapat dan persepsi masing2 kan?Pada saya Manikam Kalbu biasa2 shj. Mungkin kerana saya telah membaca karya2 yang lebih berat spt Tuhan Manusia dan Ketupat, maka Manikam rasanya seperti terlalu 'mudah'.Namun sukar juga utk membayangkan kepelbagaian busana alam Melayu yang disebut-sebut dalam ini. Barangkali kalau glosarinya dilengkapkan lagi mungkin penghayatan saya akan lebih lagi.3 setengah dari saya pembaca rakyat marhaen yang biasa tanpa pengetahuan mendalam bidang jahitan. Tajuk Buku: Manikam KalbuPenulis: Faisal TehraniPenerbit: Dawama (Dewan Bahasa dan Pustaka)Genre : Novel RemajaMukasurat : 364 halamanDibeli Di: KLIBF 2008Harga: RM 20.00 (selepas diskaun 20%)Sinopsis:Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.Ulasan saya:Pening untuk membuat pilihan, begitu banyak buku cerita untuk dibaca, buku belajar untuk ditelaah, maka kali ini, saya baca yang serasa saya ikut suka.Membaca Manikam Kalbu memberikan satu kelainan yang tidak dijangka. Seperti biasa, Faisal Tehrani, tidak mengecewakan. Bukan mudah menjadi seorang penulis, yang mampu mengkaji secara mendalam tentang satu-satu bidang yang ditulisnya.Manikam Kalbu, merupakan sebuah kisah menarik yang diangkat tentang jahitan dan fesyen pakaian zaman tradisional. FT berjaya menarik minat pembaca dengan diselang selikan di antara setiap bab, kisah Ziryab dan nenenknya pada zaman kini, dan kisah seorang tukang jahit yang diberi nama Manikam Kalbu, yang hidup sekitar zaman kesultanan Melayu Melaka.Ziryab yang namanya diangkat dari seorang tukang jahit terkenal dan ulama zaman kegemilangan Andalus, begitu menyintai dengan kursus jahitan, sehingga sanggup menjadi pelajar lelaki tunggal yang mengambil kelas jahitan di sebuah sekolah teknik. Dugaan pada Ziryab, yang merupakan anak yatim piatu, apabila dibela neneknya seawal usia sekitar 4 tahun. Neneknya kemudian menghidap penyakit alzheimer ketika Ziryab berusia kira-kira 17 tahun. Walaupun sebegitu, Ziryab tetap kasih akan neneknya yang mempunyai ilmu & kepakaran dalam bidang jahitan. Ziryab turut belajar menjahit pakaian & menyulam manik serta kerawang untuk pelanggan neneknya.Cerita tentang Manikam Kalbu turut menusuk perasaan. Manikam Kalbu merupakan hamba yang hidup di zaman Sultan Alauddin Syah. Dia sebenarnya sangat meminati jahitan pakaian & fesyen Melayu tradisional. Kisah Manikam Kalbu diceritakan oleh Manira (itulah rupa seekor kucing menggunakan mesin jahit), kucing montel yang mudah dibela dan disayangi. Manikan Kalbu turut menyertai pertandingan rekaan pakaian yang dianjurkan sultan, maka di saat-saat akhir, beliau berjaya menjadi pemenang. Tujuan Manikam Kalbu ingin mempertahankan budaya Melayu dan menuntut di Acheh, untuk mempelajari pakaian yang menutup aurat. Banyak ilmu yang diperolehi, terutamanya saat-saat melucukan turut timbul di mana Manikam Kalbu akibat rasa keluh dan kesah menanti seorang nenek mengajarnya cara menenun kain, terus berniat untuk mengahwini nenek tersebut supaya ilmu sampai kepadanya.Manikam Kalbu turut diuji maharaja Cina ketika dibawa belayar ke sana. Bukan mudah soalan yang dilontarkan, antaranya, kenapa ikan banyak di laut? Bunyinya mudah, tetapi perlu dijawab dengan jahitan di atas sapu tangan sutera.Berbalik kepada kisah Ziryab, dia turut diuji dengan pelbagai dugaan, antaranya dituduh berkelakuan tidak semenggah dengan perbuatannya oleh Cikgu Natasya. Ini membuatkan Ziryab sedih, tambahan pula pada masa yang sama, neneknya yang membesarkannya meninggal dunia. Apapun, semuanya berakhir dengan baik, di mana Ziryab diajar menjahit dengan sempurna sekali oleh seorang lelaki tua sezaman dengan arwah neneknya, yang juga tanpa dijangka mengenali arwah nenek Ziryab yang merupakan bekas tukang jahit istana dan berhenti kerana kecewa dengan peloporan, kononnya era kemodenan yang merubah warisan Melayu seperti baju kurung pesak Johor dan sebagainya.Penghubung antara cerita adalah sebuah beg yang dibuat dari kulit kambing, yang digores dengan tulisan hak milik Manikam Kalbu, ditemui di kedai jahitan arwah nenek Ziryab.Akhir kalam, Ziryab turut berusaha menggapai impiannya, walaupun jalannya bukan mudah.Hendak tahu impian Ziryab? Maka, perlu membaca Manikam Kalbu sendiri :)

Do You like book Manikam Kalbu (2007)?

Memberi sisi yang berbeza membaca buku-buku penulis..bukti penulis mempunyai kehebatan tersendiri
—irembulan

kisah fesyen melayu yang kian hilang
—moon33goddess

Sangat indah buku ini.
—pranajit

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Faisal Tehrani

Other books in category Fiction